My Add

Monday 21 May 2012

Nelayan putus dua jari rayu bantuan ringan beban

*AZLAN Kamar menunjukkan dua jari tangan kanannya yang putus setelah tersepit semasa menarik pukat udang ketika ditemui di rumahnya di Parit Buntar, semalam.

PARIT BUNTAR, AHAD, 20 Mei, 2012: Seorang nelayan hilang punca pendapatan setelah tangannya tersepit semasa menarik pukat di pantai Kuala Kurau di sini baru-baru ini.

Lebih malang lagi, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, 8 Mei lalu, dua jari tangan kanan Azlan Kamar, 43, putus menyebabkan dia kini terpaksa berehat panjang.

Azlan yang tinggal di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau di sini berkata, kejadian itu menyebabkannya hilang punca pendapatan sedangkan hanya dia yang bekerja dalam keluarganya.

"Kejadian berlaku semasa saya dan tiga rakan sedang menangkap udang. Tangan saya tersepit sehingga menyebabkan dua jari tangan sebelah kanan putus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment