PETALING JAYA, JUMAAT, 111 Mei, 2o1: Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang, Datuk S Ambiga perlu bertanggungjawab terhadap anggota polis yang menjadi mangsa keganasan peserta perhimpunan pada 28 April lalu.
Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor, Kuan Chee Heng, berkata tindakan Ambiga yang membisu berhubung insiden keganasan terhadap anggota polis seolah-olah menggambarkan ia dibenarkan undang-undang.
"Setakat ini, kita lihat Ambiga tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu keganasan terhadap polis. Ia menjadi contoh buruk kepada generasi muda, seolah-olah memukul polis dibenarkan," katanya selepas menyertai kira-kira 70 wakil badan bukan kerajaan (NGO) kawasan Subang Jaya untuk menyatakan sokongan penuh terhadap polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.
Kuan berkata, tindakan Ambiga yang tetap meneruskan perhimpunan itu di kawasan Dataran Merdeka walaupun mahkamah mengeluarkan perintah melarang ia diadakan di kawasan itu menunjukkan beliau dan penganjur lain memperlekehkan undang-undang.
"Ambiga sebagai seorang peguam sendiri tidak menghormati undang-undang. Jika keputusan memihak kepada mereka ia dikatakan adil, dan sekiranya tidak mereka akan kata itu mahkamah Barisan Nasional (BN)," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment