My Add

Monday 14 May 2012

Aminah sedia bawa Wan Azizah, Shamsidar jumpa media

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Mei, 2012: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah bersedia membawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin kepada media bagi menjawab segala pertuduhan yang dikaitkan dengan mereka.

Bagaimanapun, kata Aminah, kesanggupannya itu bergantung kepada syarat isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tersebut harus berani tampil pada hari dijanjikan nanti.

“Sekiranya mereka berdua tidak muncul, bermakna kedua-dua wanita itu bukan pemimpin yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu mengelirukan rakyat negara ini.

“Saya memang musykil dengan sikap berdiam diri Wan Azizah dan Shamsidar. Takkan mereka tidak kenal suami mereka sendiri sampai tidak boleh menjawab tuduhan-tuduhan berkaitan suami masing-masing," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment