My Add

Monday 14 May 2012

Tidak bertindak ke atas Trio Datuk ‘T’ Anwar ibarat ‘telanjang

ALOR GAJAH, AHAD, 13 Mei, 2012: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Trio Datuk ‘T’ yang mendedahkan video seks yang mengaitkan dirinya dianggap sanggup ‘telanjang’ di hadapan rakyat.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, tindakan berdiam diri Ketua Pembangkang itu juga jelas menunjukkan bahawa video yang didedahkan tahun lalu itu terbukti benar dan tidak dapat disangkal lagi oleh pihak pembangkang.

“Video yang didedahkan Trio Datuk ‘T’ memperlihatkan kejatuhan moral pemimpin pembangkang (Anwar) dan tidak boleh dinafikan lagi oleh mereka.

“Dia sepatutnya malu untuk berdiri di hadapan rakyat dan menabur pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan sedangkan diri sendiri terpalit dengan isu keruntuhan moral yang memalukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment