My Add

Saturday, 19 May 2012

Isu Kuin contoh hipokrasi parti pembangkang - Mukhriz

KUBANG PASU, JUMAAT,  18 Mei, 2012: Keputusan Kerajaan Pas Kedah menaikkan yuran pengajian Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mulai Julai depan merupakan contoh hipokrasi tertinggi pakatan pembangkang yang sebelum ini kononnya mahu pendidikan percuma di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah tersebut juga tidak selaras dengan gesaan pembangkang agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Katanya, bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk mengotakan janji-janji tersebut, kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang perlu melaksanakan dahulu perkara tersebut.

"Setiap pemimpin harus mengamalkan kepimpinan dengan teladan terbaik kerana apa yang mereka cakap haruslah dikotakan terlebih dahulu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment