My Add

Tuesday, 1 May 2012

Aung San Suu Kyi sedia ke Parlimen

*SUU KYI (kanan) bercakap dengan media selepas menghadiri majlis pembukaan pejabat Kesatuan Eropah (EU) di Yangon kelmarin.


Pemimpin demokrasi Myanmar 
beri jaminan lindungi perlembagaan

YANGON, ISNIN, 30 April, 2012: Pemimpin pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi berkata beliau akan mengangkat sumpah di parlimen 'secepat mungkin,' selepas kebuntuan politik yang menyaksikan beliau menangguhkan kehadirannya dalam sidan dewan.

Pemenang anugerah Nobel itu memberitahu media bahawa beliau memberi jaminan “melindungi” perlembagaan yang diwujudkan tentera.

“Kami akan pergi secepat mungkin untuk menghadiri sidang parlimen,” katanya, menamatkan pertelingkahan yang sebelum ini dilihat sebagai permulaan hubungan tegang dengan kerajaan.

“Sesetengah orang mungkin bertanya, oleh kerana kami tidak menerima untuk “menjaga” pada peringkat awal, mengapa kami menerimanya kini. Alasan kami menerimanya, pertama adalah hasrat rakyat. Pengundi mengundi kami kerana mereka mahu melihat kami dalam parlimen.”

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas aktivis veteran itu enggan menghadiri sidang parlimen yang baru ditubuhkan.

Keputusan Suu Kyi bermaksud beliau tidak akan hadir persidangan Parlimen di ibu kota Naypyidaw untuk mendengar ucapan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, ucapan pertama oleh diplomat asing. 

Anggota parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) pembangkang utama selepas ia memperoleh 43 daripada 44 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil, kini dijangka menghadiri parlimen pagi ini untuk “mengangkat sumpah,” kata ahli parlimennya (MP), Win Htein kepada AFP.

Ikon demokrasi itu menghabiskan banyak masa sejak dua dekad lalu dikenakan tahanan rumah, namun dibebaskan pada 2010 dan pemilihannya dalam parlimen disokong masyarakat antarabangsa sebagai langkah ke arah demokrasi di negara yang sekian lama terasing itu.

NLD, yang memulaukan pilihan raya kontroversi 2010, bersetuju menyertai politik arus perdana tahun lalu selepas pihak berkuasa menukar frasa sama dalam undang-undang pendaftaran parti.

Suu Kyi berkata tumpuan utamanya sebagai ahli politik adalah menolak pindaan perlembagaan 2008, yang memperuntukkan satu perempat kerusi dalam parlimen diperuntukkan untuk pegawai tentera tidak dipilih.

Myanmar menyaksikan perkembangan pantas dalam hubungannya dengan Barat di bawah rejim reformis baru yang melaksanakan satu perubahan pantas sejak berkuasa tahun lalu, termasuk membebaskan tahanan politik. – AFP

No comments:

Post a Comment