KOTA BAHARU, SELASA, 01 Mei, 2012: Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Mohamad Ghani, berkata persatuannya bersedia membimbing golongan belia ke arah menjadi generasi berdaya maju.
Beliau berkata, anggota persatuan itu boleh menjadi pembimbing berdasarkan kemahiran masing-masing termasuk latihan ala tentera bagi meningkatkan disiplin dan motivasi untuk golongan belia lebih berjaya.
"Aktiviti ini akan dijalankan sebagai tambahan kepada kegiatan yang dijalankan ahli PBTM sebelum ini termasuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mendaftar pemilih.
"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara maju menjelang 2020," katanya kepada Bernama, di sini.
Mohamad berkata, sebagai bekas anggota badan beruniform, anggota tentera boleh menjadi ikon kepada generasi pelapis yang berguna kepada negara. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment