My Add

Tuesday, 1 May 2012

Keharmonian hidup rakyat majmuk tercalar

* PERHIMPUNAN yang mencalar keharmonian hidup kita
JERTIH, ISNIN, 30 April, 2012: Keharmonian hidup rakyat dan tahap perpaduan yang sudah sekian lama diamalkan rakyat negara ini tercalar dengan perhimpunan di ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan, berkata kecenderungan penganjur yang mengajak anak muda menyertai perhimpunan itu adalah satu aliran yang membimbangkan kerana golongan berkenaan mudah terpengaruh dengan sesuatu isu terutama yang diucapkan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, JPNIN yang membuat pemantauan terhadap perhimpunan itu juga mendapati peserta yang menyertainya melanggar undang-undang apabila membelakangkan keputusan mahkamah yang melarang memasuki Dataran Merdeka.

“JPNIN kesal dengan perhimpunan itu yang lebih cenderung kepada gimik politik dan bukannya untuk menyelesaikan tuntutan seperti yang mereka kehendaki.

“Amalan toleransi dan perpaduan rakyat negara ini dipandang tinggi oleh negara luar, tetapi perhimpunan itu menjejaskan imej negara,” katanya selepas menghadiri Pertandingan Debat Perpaduan Antara Institut Perguruan Malaysia (IPM) di sini, hari ini..

Beliau berkata, pasukan keselamatan terutama polis berjaya menunjukkan sikap profesional dalam menjaga keamanan ketika perhimpunan, tetapi amat malang ada pihak yang menuduh polis bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan. = BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment