My Add

Monday 7 May 2012

Azmin dalam keadaan tersepit

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kini dilihat dalam keadaan tersepit setelah gagal hadir pada majlis sumpah laknat yang diaturkan oleh Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Masjid Negara, semalam.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Azmin sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain mengangkat sumpah laknat bagi membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan skandal gambar panas membabitkan seorang lelaki yang mirip beliau.

"Tidak cukup bagi Azmin sekadar buat penafian sahaja sedangkan dia tidak memberi sebarang bukti saintifik yang boleh menyokong penafiannya.

"Saya percaya Azmin tidak berani melafazkan sumpah laknat kerana ada sesuatu yang ingin disembunyikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment