My Add

Monday 7 May 2012

Azmin didesak sumpah laknat

JOHOR BAHRU, AHAD, 06 Mei, 2012: Pemuda UMNO Tebrau mendesak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali segera bersumpah laknat bagi membebaskannya daripada tuduhan terlibat dengan skandal seks seperti yang didedahkan beberapa laman blog baru-baru ini.

Ketuanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, tindakan tersebut merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk membersihkan namanya akibat pendedahan itu.

“Sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah, segera tampil dan angkat sumpah laknat itu. Kalau beliau tidak mahu buat, jangan sesekali menuding jari ke arah kami dengan menyatakan ia perbuatan UMNO.

“Sekiranya beliau takut untuk melakukannya atas jemputan pihak lain, dia boleh menganjurkannya sendiri dengan menjemput beberapa orang saksi dan saya percaya pihak media juga gembira untuk membuat liputan," katanya di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment