My Add

Monday, 7 May 2012

Gagal patuhi syarat pembangunan

*SEBAHAGIAN penduduk Kampung Sungai Kayu Ara mengadakan bantahan secara aman bagi menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyiasat pemaju yang didakwa gagal mematuhi syarat-syarat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu di Petaling Jaya, kelmarin.

Oleh Roslah Othman
PETALING JAYA, AHAD, 06 Mei, 2012: Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama di sini menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyiasat semula projek pembinaan 46 unit town villa tiga tingkat yang sedang dilaksanakan berhampiran kawasan perumahan mereka.

Mereka mendakwa, Briswood Sdn. Bhd., selaku pemaju projek itu dilihat gagal mematuhi syarat-syarat pembangunan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sebelum ini.

Selain gagal mematuhi Draf Pelan Pembangunan 2020 MBPJ yang hanya membenarkan pembinaan bangunan setinggi tiga tingkat di kawasan itu, pemaju juga didakwa melanggar syarat-syarat sejak kerja-kerja tanah bermula dua tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment