My Add

Monday 7 May 2012

Bimbang haji, umrah dilarang

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu selepas sekumpulan rakyat negara ini dikesan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini, Arab Saudi pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam daripada mengerjakan haji dan umrah selama tiga tahun kerana terdapat rakyatnya yang berdemonstrasi di tanah suci itu.

''Ini kerana pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.

''Penganjur perhimpunan itu perlu bertanggungjawab dan berisiko membayar harga yang 'mahal' sekiranya jemaah dari negara ini dilarang mengerjakan ibadat haji dan umrah untuk tempoh tertentu," katanya pada sidang akhbar sebelum mengetuai Konvoi Bermotosikal Sempena Sambutan Hari UMNO ke-66 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment