My Add

Wednesday 2 May 2012

Azmin A;i nafi terlibat skandal seks

*GAMBAR yang disebarkan dalam laman blog didakwa melibatkan skandal seks seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat dengan wanita misteri.

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR 1 Mei - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog semalam.

Menerusi satu kenyataan akhbar yang dipetik dalam blognya, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan.

‘‘Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Azmin digesa tampil buktikan 
bukan pelaku seks

Sementara itu Azmin digesa tampil mengemukakan bukti bagi mengesahkan yang beliau bukan pelaku dalam gambar yang didedahkan laman web http://www.papagomo.com semalam.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd Saidi berkata, langkah itu perlu bagi membersihkan namanya jika benar beliau sememangnya tidak terlibat.

Katanya, kejadian tidak bermoral seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin dan jika benar lelaki berkenaan adalah Azmin, beliau seharusnya ditolak daripada terus bersama PKR.

"Kalau betul itu beliau (Azmin) kita kena tolak habis-habisan kerana beliau tidak layak untuk terus menjadi timbalan presiden parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Siri gambar aksi panas terus didedah dalam laman blog

Beberapa laman blog hari ini terus mendedahkan siri gambar melibatkan aksi panas seorang lelaki menyerupai pemimpin sebuah parti pembangkang.

Gambar-gambar berkenaan merupakan lanjutan daripada pendedahan awal yang menyaksikan lelaki itu menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Memetik daripada blog dinamakan scandalazminali.blogspot.com, ia memaparkan sembilan keping gambar yang dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama memaparkan empat keping gambar dengan lelaki berkenaan berada dalam sebuah rumah bersama seorang wanita.

Memakai baju kemeja jalur berwarna oren, gambar pertama menyaksikan lelaki itu berada di dalam rumah tersebut sebelum berdua-duaan dengan seorang wanita di atas sebuah sofa....

No comments:

Post a Comment