My Add

Wednesday 2 May 2012

Demonstrasi HALAL untuk guling kerajaan: Nik Azi

*NIK Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar kepada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2011 di PUTIK, Pengkalan Chepa Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan demonstrasi merupakan cara moden yang halal dilakukan, selain pilihan raya untuk menggulingkan sesebuah kerajaan yang mungkar.

Justeru, beliau menegaskan demonstrasi Bersih 3.0 adalah wajib dan akan menyokong penuh jika ia diadakan lagi pada masa akan datang serta sanggup menyediakan sumber kewangan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.

Beliau turut mendakwa tidak sedikit pun rasa bersalah ketika memberikan wang kepada peserta Bersih 3.0 meskipun demonstrasi itu yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang kononnya aman akhirnya bertukar menjadi rusuhan ganas.

Anwar pertahan tindakan rempuh Dataran Merdeka

Di ,IPOH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan tindakan peserta demonstrasi perhimpunan haram Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Beliau berkata, ia merupakan satu perjuangan golongan muda mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan negara.

"Saya tidak setuju sebahagian golongan muda menyerbu Dataran Merdeka, tetapi saya pertahankan mereka kerana faham maksud golongan ini yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan negara.

"Seramai 300,000 orang yang hadir itu tidak akan datang jika mereka yakin dengan UMNO dan Barisan Nasional," katanya ketika berucap pada penutupan Konvensyen Rakyat Perak Ke-3, di sini hari ini.

Perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan keganasan apabila peserta perhimpunan tersebut bertindak biadab dengan melakukan pelbagai kerosakan harta benda awam, selain mengakibatkan kecederaan kepada 11 anggota polis.

Rempuh polis: Pas berbohong?
*BUKTI polis dirempuh... Tiga gambar mengikut urutan menunjukkan anggota Unit Amal Pas (berbaju merah) memulakan rempuhan pada barisan pasukan polis pada perhimpunan Bersih di pekarangan bangunan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Sbtu lalu.

Warawan Utusan Malaysia, ETRA SYAHRIL MOHAMED melaporkan sebuah laman blog hari ini mempersoalkan penafian Pas berhubung dakwaan Unit Amal parti itu bertindak merempuh barisan polis di luar pekarangan bangunan Menara Berkembar Petronas semasa perhimpunan haram Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Persoalan yang dilontarkan laman blog berkenaan, http://nasionalis1982.blogspot.com adalah berkisar tentang empat keping gambar yang disiarkan dalam blog itu.

Keempat-empat gambar itu jelas menampakkan anggota Unit Amal berkenaan yang berbaju merah bertindak merempuh polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment