My Add

Friday 4 May 2012

Azmin perlu tampil buktikan bukan dirinya

KEPALA BATAS. KHAMIS 3 Mei, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO mahu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tampil membuktikan bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog bukan dirinya.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ahli Parlimen Gombak itu perlu membuktikan gambar tersebut bukan beliau dan jangan mahu menuduh UMNO yang sebarkan gambar berkenaan.

“Ini bukan agenda kita kerana Pemuda UMNO lebih menumpukan kepada usaha untuk mendekati golongan muda dan membantu rakyat. Kita tidak ada masa untuk sebar gambar dia (Azmin)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Kepala Batas, di Penang Golf Resort, di sini hari.

Majlis itu dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Reezal Merican berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Reezal Merican yang juga Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar panas itu dibuat oleh ‘orang rapat Azmin’ yang tidak suka dengannya kerana menjadi orang kuat Anwar.

“Tidak mustahil rakan-rakannya yang sebarkan gambar itu kerana ramai di kalangan mereka tidak suka dengan beliau (Azmin) dan dia jadi jangan hanya menuduh UMNO," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment