My Add

Sunday 13 May 2012

Sindiket curi kenderaan tumpas

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
KOTA KINABALU, SABTU, 12 Mei, 2012: Polis menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan di negeri ini selepas menahan tujuh lelaki di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dan Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, ekoran itu polis turut merampas tiga buah pacuan empat roda dan barangan berharga bernilai RM500,000 daripada suspek.

"Pada 20 April lalu, kita berjaya menahan tiga suspek di Miri Sarawak dan hasil maklumat tiga lagi suspek ditahan di lokasi berasingan di Kota Kinabalu.

"Susulan itu, pada 28 April lalu polis turut menahan seorang lagi suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bubul, Semporna," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, semua suspek yang berumur 21 hingga 38 tahun ditahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment