My Add

Saturday 26 May 2012

Hadi enggan sanggah Karpal

Oleh RADHUAN HUSSAIN
MARANG, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal Singh yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Namun pada masa sama, jelas beliau, Pas akan sentiasa mematuhi Perlembagaan negara yang antara lain menyebut Islam sebagai agama rasmi serta raja berperlembagaan.

"Itu pandangan beliau (Karpal), Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Mujahidin di Kampung Bukit Gasing, Seberang Marang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ketegasan Karpal untuk terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut Karpal, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri, beliau secara peribadi menganggap tiada ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk meletakkan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Menurut Harun, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas akan terus memastikan jawatan Perdana Menteri tidak akan disandang oleh orang bukan Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment