My Add

Wednesday 2 May 2012

Bendera larian UMNO tiba di Kedah

JITRA, RABU, 02 mEI, 2012: Larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 UMNO yang bermula semalam di Perlis tiba di Kedah hari ini. 

Peserta larian dari Perlis menyerahkan bendera UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Shariff, di sempadan Kedah dan Perlis di Sanglang pagi ini.

Bendera itu kemudianya dibawa ke kawasan UMNO Kubang Pasu sebelum diserahkan kepada Naib Ketua UMNO Kubang Pasu, Zulfitri Yaacob, di Kodiang.
Berpuluh peserta mengiringi Zulfitri berlari dari Kodiang ke Jitra dan ke Kepala Batas secara bergilir-gilir sebelum bendera diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin, di atas jambatan di Kepala Batas pada tengah hari. 

Ahmad kemudiannya disertai hampir 100 pelari termasuk Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah, Harris Che Mat, berlari melalui Jalan Hutan Kampung ke Jalan Langgar dan Jalan Sultanah sejauh 20 kilometer. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, dijadual menerima bendera tersebut daripada Ahmad pada 2 petang di Jalan Sultanah bagi meneruskan larian ke setiap kawasan Parlimen di Kedah. 

Larian dijadual tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment