My Add

Wednesday 2 May 2012

Petugas awam Sabah dapat kenaikan gaji

KOTA KINABALU, RABU, 02 Mei, 2012: Petugas awam Sabah akan menikmati kenaikan gaji tidak lama lagi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman, hari ini. 

Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan kenaikan itu membabitkan 17,151 petugas awam negeri berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM) baru berkuatkuasa 1 Januari.

“Implikasi terhadap kewangan negeri ialah RM61,393,936 setahun. Kami berharap dapat membuat pembayaran itu dalam bulan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, petugas tetap, kontrak dan sementara layak mendapat kenaikan gaji itu. 

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun mulai 1 Januari.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri meminta Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjalankan siasatan ke atas gangguan bekalan elektrik Isnin lalu selepas syarikat itu menerangkan kepada beliau mengenai hal itu semasa mesyuarat Kabinet. 

Dalam kejadian pada 3.23 pagi itu, lebih 400,000 pengguna keputusan bekalan lebih tujuh jam yang menjejas banyak loji janakuasa di Sabah termasuk Labuan. 
SESB berjaya memulihkan bekalan tenaga secara berperingkat mulai 6.40 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment