My Add

Thursday 3 May 2012

Bersih 3.0: Kenakan tindakan undang-undang

SABAK BERNAM, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Sebanyak 10 pertubuhan belia daerah di sini membuat laporan polis menggesa tindakan tegas diambil terhadap penganjur Bersih 3.0 yang bertanggungjawab mencetus insiden keganasan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kira-kira pukul 10 pagi ini diketuai Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi.

Selain Serang, pertubuhan belia lain yang hadir membuat laporan adalah Majlis Belia Selangor (MBS) daerah, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) daerah dan Gerakan Belia 4B.

Menurut Budiman, pihaknya kesal dengan tindakan penganjur yang gagal mengawal peserta penunjuk perasaan berkenaan sehingga mengundang risiko besar kepada keselamatan orang ramai selain kerosakan harta benda awam.

“Melihat apa yang telah berlaku dalam demonstrasi itu, ia merupakan satu keganasan yang tidak sewajarnya berlaku di negara ini. Maka dengan ini kami memohon polis mengambil tindakan terhadap penganjur demonstrasi berkenaan.

“Pihak penganjur bukan sahaja gagal mengawal para peserta demonstrasi tetapi juga mengingkari arahan mahkamah supaya demonstrasi itu tidak diadakan di Dataran Merdeka," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment