My Add

Tuesday, 29 May 2012

Bersih 3.0: Tanggungjawab penganjur

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Pihak yang menganjur, menghasut dan melakukan keganasan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu perlu bertanggungjawab atas segala perkara yang berlaku.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tiada siapa boleh membelakangkan apatah lagi menggalakkan masyarakat supaya melanggar undang-undang negara.

“Saya menyokong usaha ke arah sistem pilihan raya bersih dan adil yang dilakukan Bersih, tetapi bukan dengan cara demonstrasi jalanan secara ganas seperti merempuh Dataran Merdeka.

“Mereka ini perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku," katanya ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan mendakwa beberapa pemimpin pembangkang, pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Antara pemimpin pembangkang yang didakwa ekoran demonstrasi Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment