My Add

Tuesday 29 May 2012

Pihak keluarkan fatwa sesat diminta bertaubat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Pihak yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu diminta segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana perkara berkaitan syurga terletak pada ketentuan kuasa mutlak Allah dan bukan dipastikan oleh manusia.

Lebih malang, katanya, perkara itu dicampur aduk dengan unsur politik yang tidak ada kaitan langsung dengan ajaran Islam.

‘‘Syurga adalah anugerah Allah, manusia tidak ada kuasa untuk menentukannya, mereka yang berpendapat sebegitu harus bertaubat dan segera mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan perkara itu sebagai fatwa propaganda iaitu seseorang yang akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu dianggap suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment