My Add

Tuesday 29 May 2012

Pas minta derma bina lebuh raya Kota Bharu

MACHANG, ISNIN, 28 Mei, 2012: Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu.

Katanya, setiap derma yang dihulurkan bakal memberi manfaat yang besar di samping memperoleh ganjaran pahala.

"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000 dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment