My Add

Tuesday 8 May 2012

Bicara kes bekas setiausaha politik menteri 25 September

SHAH ALAM, SELASA, 08 Mei, 2012: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 25, 27 dan dan 28 Sept ini sebagai tarikh perbicaraan kes Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menghadapi 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram.

Hakim Mohd Fadhir Harun memutuskan sedemikian ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Hazril Harun hadir bagi pihak pendakwaan sementara Hasbie diwakili peguam Y. Sheelan Samuagam.

Pada 20 Mac lepas, Hasbie, 39, mengaku tidak bersalah terhadap 28 tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 hingga 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sedang dibicarakan atas satu lagi tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment