My Add

Monday, 7 May 2012

Petinju negara cedera dipukul

JOHOR BAHRU, AHAD, 06 Mei, 2012: Petinju negara yang pernah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Laos 2009, Muhamad Farkhan Mohd. Haron, 24, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki awal pagi ini.

Atlet kelahiran Johor yang turut dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN) 2011 baru-baru ini, kini dirawat di bilik kecemasan di sebuah hospital swasta.

Difahamkan, kejadian yang menimpa Muhamad Farkhan itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi sebelum dia dimasukkan ke hospital tersebut pukul 9 pagi.

Dia dikatakan diserang sekumpulan lelaki selepas menonton perlawanan akhir Piala FA Ke-131 antara Chelsea dan Liverpool yang menyaksikan pasukan The Blues menewaskan The Reds 2-1 bersama-sama rakannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment