My Add

Tuesday 22 May 2012

BNM, SPRM perlu tegas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 201: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu bertindak tegas terhadap mana-mana bank yang dipercayai membocorkan maklumat peribadi kepada pihak tertentu.

Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia, Omar Idris berkata, kegiatan berunsur jenayah itu tidak boleh dibiarkan kerana ia melibatkan integriti industri perbankan negara.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap pihak terbabit kerana dipercayai terdapat unsur-unsur rasuah dan sogokan.

"Kegiatan membocorkan maklumat ini adalah suatu yang amat merisaukan bukan sahaja kepada pelanggan bank tetapi menjejaskan pelabur asing.

"Justeru, pihak BNM dan SPRM tidak harus berdiam diri kerana jenayah ini akan mengancam kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing di rantau ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment