My Add

Tuesday 22 May 2012

Rayu bantuan bedah anak hidap kanser usus

*NORLIZA Ramli melihat Luqman Hakim Chairil Anuar yang menghidap kanser usus yang terpaksa menggunakan beg plastik khas untuk membuang najis dan air kencing di Kampung Gelam Bukit Besar, Yan, Kedah, semalam.
ALOR SETAR, ISNIN, 21 Mei, 2012: Seorang ibu merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan pembedahan anak lelakinya, Luqman Hakim Chairil Anuar, 13, yang menghidap kanser usus sejak tiga tahun lalu.

Norliza Ramli, 37, dari Kampung Gelam Bukit Besar, Yan di sini berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu pada 2010 dan dijadualkan menjalani pembedahan pada 8 Ogos ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, dia yang tidak bekerja kini runsing memikirkan kos pembedahan yang berjumlah RM22,000 kerana tidak mempunyai sebarang simpanan.

Menurutnya, doktor tidak membenarkan pembedahan ditangguhkan kerana anaknya itu mempunyai peluang untuk pulih seperti biasa jika pembedahan dilakukan segera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment