My Add

Monday 28 May 2012

Cuma gimik politik Pas

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB 
KOTA BHARU 27 Mei - Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu membina lebuh raya sendiri kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, berdasarkan realiti semasa, cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai.

Beliau sebaliknya menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan untuk mengadakan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang melibatkan kos hampir RM2 bilion di Felcra Mek Nab, Machang esok hanya sebagai gimik politik.

"Pas akan mengadakan majlis pecah tanah projek berkenaan esok, namun tindakan tersebut hanyalah satu gimik mereka, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Pas juga meminta dana daripada rakyat negeri ini untuk bersama membantu mereka merealisasikan impian berkenaan. Mengumpul dana daripada rakyat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu dapat jumlah tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment