My Add

Monday 28 May 2012

Karpal tidak hormati sentimen rakyat

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Mei, 2012: Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) mengecam kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu berjuang memastikan jawatan Perdana Menteri disandang oleh orang bukan Melayu.

Ahli Kehormatnya, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan berbau perkauman yang dikeluarkan jelas menunjukkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut tidak menghormati sentimen masyarakat majoriti di negara ini.

''Permas yang dianggotai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebulat suara mengutuk dakwaan Karpal. Sangat jelas beliau tidak memahami sejarah kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia.

"Melihat dari sudut sejarah, kesemua enam Perdana Menteri setakat ini yang merupakan orang Melayu tidak pernah mengabaikan hak kaum lain kerana jawatan Perdana Menteri bukan mewakili sesuatu kaum tetapi rakyat Malaysia,'' katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Permas Pertama di sini hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 300 ahli Permas dari seluruh negara tersebut turut bersetuju menggesa Karpal supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbau perkauman yang boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

Tambah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dakwaan tersebut juga jelas tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini kerana pemilihan Perdana Menteri adalah berlandaskan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya.

"Malah dalam barisan menteri Kabinet terdapat menteri-menteri kanan yang terdiri daripada orang bukan Melayu dan bukan dibolot oleh orang Melayu sahaja," katanya.

Selain itu, mengulas mengenai kenyataan The Wall Street Journal yang menyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika menyertai Bersih 3.0, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, perkara itu terpulang kepada mahkamah kerana pengakuan telah pun dibuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment