My Add

Wednesday 2 May 2012

Siasatan hina raja siap tiga bulan

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Siasatan polis berhubung dakwaan beberapa pemimpin pembangkang menghina institusi raja-raja Melayu sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah April lalu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, apabila selesai, kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1970 tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya, kerajaan sentiasa memandang serius sebarang perbuatan yang dilihat memperlekeh institusi raja di negara ini.

"Kita akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang sedia ada tanpa mengambil kira latar belakang orang terlibat," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment