My Add

Wednesday 2 May 2012

Dua wartawan maut nahas di Mukah

MUKAH, RABU, 02 Mei, 201: Dua wartawan dari Kumpulan See Hua maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan bas di Kilometer 20 Jalan Mukah/Balingian di sini hari ini. 

Kemalangan pada 11 pagi itu menyebabkan Gaing anak Kunding, 48, dari akhbar harian berbahasa Inggeris "The Borneo Post" dan rakannya, Patricia Yiu, dari "See Hua Daily News" mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Omar Bakhtiar Yaacob, berkata ketika kejadian kedua-dua wartawan itu dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan majlis pecah tanah sebuah tadika yang akan dibina di rumah panjang Rh.Aji, kira-kira 40 kilometer dari sini.

"Bas yang bertembung dengan kenderaan yang dipandu Gaing itu dalam perjalanan dari sini ke Sibu," katanya. 

Mayat kedua-dua wartawan itu dihantar ke Hospital Daerah Mukah. 

Gaing, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah dari Nanga Ngungun di Kanowit. Beliau adalah bekas pegawai bank dan eksekutif perniagaan di sebuah syarikat swasta sebelum menjadi wartawan. 

Rakan-rakan wartawan menyifatkan beliau sebagai seorang yang ramah, baik dan amat dedikasi dalam tugasnya. 

Patricia, pula baru ditukarkan dari Kuching ke Mukah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment