My Add

Wednesday 2 May 2012

Perusuh akan ditangkap dalam masa terdekat: Bakri

KUALA LUMPUR, RABU, 02 Mei, 2012: Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lalu dalam masa terdekat dengan bantuan gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Sabtu lalu, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. 

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang. 

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu. 

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment