My Add

Thursday 17 May 2012

Empat pengawal keselamatan ditahan curi kabel

BALIK PULAU, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Empat pengawal keselamatan di tapak pembinaan sebuah kilang di sini didapati mencuri kabel elektrik di tapak tersebut.

Kegiatan mereka dikesan oleh anggota polis yang sedang meronda di kawasan itu di Kampung Jawa, Bayan Lepas kira-kira 3.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 48 tahun itu ditahan ketika sedang memunggah beberapa gelung kabel yang masih belum dipasang dan memasukkannya ke dalam kereta,” katanya kepada pemberita di sini.

Hatta berkata, keempat-empat lelaki terbabit didapati menjalankan kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas dan menjualnya di Seberang Perai.

"Siasatan juga mendapati salah seorang daripada suspek pernah terlibat dalam tiga kes samun dan pernah dikenakan hukuman buang daerah,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment