My Add

Tuesday 29 May 2012

Filipina yakin penglibatan syarikat Malaysia

*MUSTAPA Mohamed mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Kerajaan Filipina yakin penglibatan syarikat- syarikat Malaysia dapat memastikan pembinaan projek lebuh raya di negara itu berjalan lancar.

Naib Presiden Filipina, Jejomar C. Binay berkata, projek lebuh raya tersebut merupakan salah satu daripada 33 projek infrastruktur bernilai RM22.5 bilion yang sedang dibangunkan di negara tersebut.

"Kami yakin dengan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia," katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Turut hadir Duta Filipina ke Malaysia, Eduardo Malaya serta delegasi dari negara itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment