ALOR SETAR, isnin, 28 Mei, 2012: Pemuda Gerakan negeri menyahut cabaran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk membuktikan pelaksanaan empat projek kerajaan Pas Kedah berjumlah hampir RM37 bilion dibuat tanpa tender terbuka bukan sekadar propaganda.
Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, Azmin sepatutnya menyedari pihaknya tidak akan membuat dakwaan itu jika tidak mempunyai bukti kukuh berhubung perkara tersebut.
Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri secara tidak langsung telah mengakui bahawa tiada tender terbuka bagi empat projek berkenaan setelah ia dibangkitkan Pemuda Gerakan negeri.
"Isu pokok yang kami kemukakan adalah tiada tender terbuka sedangkan pembangkang berjanji akan melaksanakannya untuk semua projek di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment