My Add

Tuesday 29 May 2012

Saya 'dipaksa' keluar DAP - Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 Mei, 2012: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah 'dipaksa' meletak jawatan dalam parti tersebut kerana memberi pandangan berhubung Bersih 3.0 yang bertentangan dengan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Menurutnya, sejurus sahaja membuat kenyataan tersebut, beliau menerima kunjungan mengejut daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebanyak dua kali yang membawa khabar jawatan senatornya mungkin tidak akan diperbaharui.

"Kata Kit Siang, pandangan telus saya telah menyusahkan keseluruhan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang sehingga sukar untuk mereka membuat keputusan menyambung jawatan senator saya.

"Secara tidak langsung beliau sedang menyatakan saya sudah tidak lagi diperlukan dalam parti dan adalah lebih baik saya keluar dengan cara bermaruah," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment