*ISMAIL Saamah (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan Abdul Hadi Awang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan di IPD Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU, AHAD, 06 Mei, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini membuat laporan polis agar siasatan segera dilakukan berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini yang diketuai Yang Dipertua Perkasa Terengganu, Ismail Saamah.
Kumpulan kira-kira 20 ahli pertubuhan itu turut berhimpun secara aman di luar pekarangan IPD itu sambil membawa beberapa sepanduk antaranya berbunyi 'Mengapa Pas Sokong DAP Musuh Islam' dan 'Perjuangan Pas Terpesong Sebab Diperkudakan DAP'. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment