My Add

Saturday 26 May 2012

Halalkan yang haram 'kafir'

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Umat Islam diingatkan supaya jangan sesekali bertindak menghalalkan perkara yang telah digariskan sebagai haram mengikut syariat Islam seperti perjuangan yang dilakukan Irshad Manji yang mempertahankan gaya hidup seorang lesbian.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sekiranya terdapat umat Islam yang menghalalkan sesuatu yang haram, mereka boleh tergolong sebagai kafir dan perkara itu seharusnya dijauhi.

Katanya, dalam al-Quran terdapat banyak sirah lampau berkenaan umat-umat terdahulu yang ditimpa azab Allah berikutan membudayakan perkara yang dimurkai.

"Justeru, lihat dan baca apakah yang terjadi kepada mereka akibat ingkar pada ajaran Allah. Mereka menerima bala yang amat dahsyat sehingga lenyap ditelan 'balasan' yang diturunkan seperti yang terjadi kepada umat Nabi Luth. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment