My Add

Monday, 7 May 2012

Hadi salahkan akhbar

KUALA TERENGGANU, AHAD, 06 Mei, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan mahu meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan agama Islam sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Katanya, isu itu tidak timbul dan kenyataan yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan itu adalah tidak benar.

“Saya tidak kata nak ubah atau pinda Perlembagaan. Kita tak nak ubah, kita akan guna seperti yang sedia ada, cuma Islam itu perlu sebagai ‘Addin’. Apa yang ditulis itu (dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris) tidak benar.

“Dalam Perlembagaan sebut Islam sebagai apa? Sebut sebagai religion kan? Jadi kita guna yang sama tapi Islam kena sebagai Addin," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berceramah di Bukit Tok Beng dekat sini malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi bahawa beliau berhasrat mengubah Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Islam sebagai ‘Addin’.

Abdul Hadi dipetik sebagai berkata, Pas bercadang membuat perubahan kepada Perlembagaan yang hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi dengan menjadi Islam sebagai Addin, satu cara hidup yang lengkap, sekiranya diberi mandat oleh rakyat. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment