My Add

Thursday 17 May 2012

Hari terakhir meriah

*SULTAN Ibrahim membungkus tempe ketika menyertai demonstrasi membuat makanan tradisi di Kampung Puteri Menangis, Pontian, Johor, semalam.

Oleh LUQMAN HAZIQ
PONTIAN, RABU, 16 Mei, 201: Suasana hari terakhir program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 berlangsung meriah dengan pelbagai acara menarik bersama rakyat jelata.

Antara acara yang menjadi tumpuan ramai apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menyertai pertandingan memancing di kawasan parit semasa rombongan baginda singgah di Dataran Kampung Puteri Menangis, dekat sini.

Baginda menerima tepukan gemuruh daripada rakyat jelata apabila berjaya menaikkan ikan keli setelah beberapa kali ikan terlepas daripada mata kail yang menggunakan joran batang buluh.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment