*PERSIMPANGAN Jalan Duta, Kuala Lumpur terpaksa ditutup akibat air yang bertakung berikutan hujan lebat awal pagi tadi, menyebabkan kesesakan di Jalan Kuching menuju pusat bandar. - Foto Rosdan Wahid
KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Terowong Lebuh Raya SMART ditutup sepenuhnya disebabkan hujan lebat melanda ibu negara sejak awal pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web SMART, terowong itu ditutup bagi membolehkan sistem banjir beroperasi.
Sementara itu, hujan lebat sejak awal pagi ini menyebabkan lebuh raya dan jalan yang menuju ibu kota sesak teruk.
Antara yang sesak teruk ialah Lebuh Raya Utara Selatan selepas tol plaza Sungai Besi, Lebuh Raya DUKE dari Gombak ke Petaling Jaya serta sekitar Jalan Klang Lama menuju Kuala Lumpur. - BH Online
No comments:
Post a Comment