My Add

Saturday 12 May 2012

Insentif kepada lebih ramai jururawat pakar

SHAH ALAM, SABTU, 12 Mei, 2012: Kerajaan bersetuju membayar insentif tunai bulanan sebanyak RM100 kepada jururawat pakar yang memiliki kelayakan pos basik dalam bidang penjagaan kritikal dan pengkhususan kritikal, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kerajaan menambah senarai penjagaan kritikal dan pengkhususan kritikal kepada 26 bidang daripada 18 sebelum ini untuk menggalakkan lebih ramai jururawat memiliki kelayakan dalam bidang pengkhususan.

"Kerajaan sejak 2007 meluluskan bayaran insentif pos basik RM100 setiap bulan kepada semua jururawat daripada Kementerian Kesihatan yang memiliki sijil pos basik dalam satu daripada 18 bidang penjagaan kritikal dan pengkhususan kritikal.

"Kini, kami menambahnya kepada lapan lagi bidang dan ini berkuat kuasa mulai 1 April, 2012 “ katanya selepas melancarkan sambutan Hari Jururawat Sedunia Antarabangsa di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment