My Add

Tuesday 22 May 2012

Jangan guna Majlis Peguam raih tempat dalam politik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 2012: Kepimpinan Majlis Peguam diingatkan agar tidak menggunakan majlis itu untuk meraih tempat dalam politik dengan bertindak secara tidak adil dalam membuat sebarang keputusan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon berkata, kepimpinan Majlis Peguam kini dilihat semakin terpesong, seolah-olah mewarisi gelagat pemimpin pembangkang yang menggunakan pentas majlis tersebut untuk menjadi popular.

''Kalau itu yang diinginkan, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee perlu membuat pilihan iaitu mendaftarkan segera majlis itu sebagai sebuah parti politik, meletakkan jawatan serta masuk parti DAP atau bubarkan majlis itu serta-merta.

''Saya cabar Chee Wee untuk tunjukkan wajah sebenar dan tidak perlu lagi berpura-pura sebagai seorang professional sedangkan saya rasa, dia mempunyai cita-cita politik tertentu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment