My Add

Sunday 20 May 2012

Kayveas gesa bagi transformasi kerajaan tempatan

KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Me, 2012: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, gelombang transformasi kerajaan akan datang perlu menumpukan untuk meningkatkan kecekapan operasi pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ia memenuhi aspirasi rakyat.

Ahli politik yang lantang bersuara itu yakin ketidakcekapan kerajaan tempatan dan salah guna kuasa akibat rasuah di kalangan pekerjanya telah mencemarkan nama baik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata, hakikat bahawa BN hilang 10 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Pilihan Raya Umum 2008 banyak berkait dengan layanan buruk yang diterima rakyat daripada pihak berkuasa tempatan terutama daripada pegawai yang sengaja lambat membuat keputusan atau bertindak dan berasakan diri mereka mengatasi undang-undang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment