My Add

Monday, 28 May 2012

Kerajaan Kedah sedia pertimbang pemberian tanah

LANGKAWI, ISNIN, 28 Mei, 2012: Kerajaan Kedah sedia menimbang bagi meluluskan pemberian lebih banyak tanah dan mengeluarkan sebanyak mungkin geran kepada golongan yang layak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak. 

Beliau berharap penerima dan bakal penerima hak milik tanah supaya menggunakan tanah bagi meningkatkan produktiviti.

"Pemilik tanah hendaklah menggunakannya bagi menjana sumber pendapatan keluarga," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan geran tanah dan sagu hati kepada lebih 100 peserta program Mesra Bersama Rakyat peringkat Langkawi di tapak pasar Air Hangat di sini, hari ini.

Mengenai ladang sejahtera, Azizan berkata kerajaan negeri mensasarkan seluas 20,000 hektar dapat dibuka menjelang 2016 dan seluas 13,325 hektar dikenal pasti setakat ini. 

“Di Langkawi, dua kawasan dikenal pasti iaitu di Selat Bagan Nyior Tiga seluas 132 hektar dan di Batu Sawak seluas 134 hektar,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment