My Add

Saturday 5 May 2012

Ketua Wanita PKR bidas MB Selangor

Oleh Azida Shaharuddin

DAMANSARA, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya tersenyum dengan jawapan ‘tiada komen’ kepada media yang bertanya isu imej aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali. 

Katanya, keengganannya mengulas isu itu ketika ditanya oleh wartawan selepas mesyuarat Exco Negeri pada Rabu lalu bukan saja memberi implikasi buruk terhadap Mohamed Azmin , malah boleh disalah anggap oleh media dan masyarakat.
Beliau berkata, jawapan ‘tiada komen’ dan sekadar tersenyum apabila diajukan soalan oleh media mengecewakan Mohamed Azmin yang banyak berjuang untuk parti.
“Secara peribadi, saya kesal dengan jawapannya. Dia seharusnya lebih berhati-hati apabila memberikan komen supaya tidak memberi tanggapan negatif kepada umum atau media. Kita dalam persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan hendak pastikan kita dalam satu saf,” katanya pada sidang media, semalam. 

Terdahulu, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR menyatakan pendirian menolak dan mengecam politik fitnah yang mereka dakwa tuduhan jahat terhadap Ahli Parlimen Gombak itu. 

Sementara itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, berkata PKR tidak perlu melakukan siasatan terhadap dakwaan imej lucah itu kerana ia fitnah tanpa bukti. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment