My Add

Friday 4 May 2012

Kualiti pembelajaran seiring pembangunan prasarana sekolah

PAGOH, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Prasarana sekolah serba lengkap adalah tidak bermakna sekiranya kualiti pembelajaran tidak dititikberatkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai kemudahan prasarana telah disediakan kerajaan demi mewujudkan suasana selesa dalam pengajaran para guru dan pembelajaran para pelajar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia beruntung kerana usaha kerajaan berjaya menjadikannya sebagai antara negara dunia yang dapat menyediakan akses pendidikan kepada lebih 90 peratus rakyatnya berbanding negara lain seperti Indonesia.

"Prasarana tidak sehebat mana tetapi kualiti pembelajaran, kesungguhan ibu bapa memberi perhatian, pengajaran terbaik guru dan tumpuan pelajar sendiri menjadikan ia sekolah yang hebat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Semaseh dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SK Kampung Semaseh, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment