My Add

Wednesday 9 May 2012

Lebih 4 juta pesakit dirawat di Klinik 1Malaysia

KUALA LUMPUR, EABU, 09 Mei, 2012: Penubuhan Klinik 1Malaysia telah pun mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah kehadiran lebih 4 juta pesakit yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sehingga 8 April lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, jumlah pesakit yang hadir mendapatkan perkhidmatan di situ pada tahun lalu adalah seramai 1.98 juta orang berbanding 1.32 juta pada tahun 2010.

"Klinik-klinik tersebut telah pun dibina dengan memberikan tumpuan di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

"Kini terdapat 100 buah Klinik 1Malaysia telah pun diwujudkan di seluruh negara yang mensasarkan untuk memberi perkhidmatan khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Senator S. Bagiam Ayem Perumal mengenai bilangan Klinik 1Malaysia di seluruh negara dan kawasan tumpuan bagi menubuhkan klinik tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment