My Add

Wednesday 16 May 2012

Lelaki ditembak ketika cuba rempuh polis

KUBANG PASU, SELASA, 15 Mei, 2012: Seorang lelaki cedera ditembak di bahagian perut kiri selepas cuba merempuh kenderaan polis ketika anggota pasukan itu cuba memberkasnya bersama tiga lagi individu semasa leka mencuri kabel di sebuah kebun getah di Danglau, Sik dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suspek berusia 35 tahun dan isterinya bersama dua lagi rakan mereka dipercayai leka melebur kabel elektrik sebelum bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pasangan suami isteri berkenaan cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta manakala dua lagi rakan suspek meninggalkan sebuah lagi kereta yang dibawa mereka dan memasuki kawasan belukar berhampiran.

"Pasangan suami isteri itu nekad melarikan diri dengan melanggar kereta polis menyebabkan anggota kita terpaksa melepaskan tembakan ke arahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment