My Add

Wednesday 2 May 2012

Pembantu tadbir mahkamah dituduh rasuah

KUANTAN, RABU, 02 Mei, 2012: Seorang pembantu tadbir undang-undang di Mahkamah Rompin dipenjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memperoleh rasuah bagi menyelesaikan kes saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 2010.

Mohd. Firdaus Zakaria, 29, turut diperintahkan oleh Hakim Fathiyah Idris dipenjara selama 15 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 9 Jun 2010, tertuduh yang bertugas di hadapan kaunter Mahkamah Majistret Rompin secara rasuah memperoleh wang tunai RM3,000 daripada seorang wakil syarikat pengangkutan, Idarus Awang Denan bagi membantu menyelesaikan dua saman JPJ untuk tidak dibawa ke mahkamah terbuka. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment